Harga bilik hotel di Singapura dilaporkan antara yang termahal di Asia Tenggara.
Data dikeluarkan Lembaga Pelancongan Singapura menunjukkan purata caj bilik untuk satu malam kini mencecah S$259 (kira-kira RM830), peningkatan hampir 70 peratus sejak September 2012.
Jumlah ini terus meningkat sejak Singapura melonggarkan sekatan kemasukan ke negara itu.
Meskipun mengalami kenaikan harga yang agak ketara, hotel mewah di Asia Tenggara masih dalam kategori ‘murah’ berbanding negara maju lain.
Sebagai perbandingan, harga penginapan hotel lima bintang di Singapura adalah sekitar S$344 (RM1,100) semalam, berbanding S$387 (RM1,240) di Hong Kong; S$522 (RM1,670) di Tokyo; dan S$584 (RM1870) di London.
Manakala harga hotel lima bintang di Sydney, Australia adalah sekitar S$318 (RM1,015) semalam; dan S$256 (RM818) di Seoul, Korea.
Sehingga Julai, jumlah kemasukan pelawat terus meningkat sehingga 726,601 berbanding 543,733 pada bulan Jun.
Kemasukan pelawat dijangka terus meningkat apabila Singapura menjadi tuan rumah kepada banyak acara antarabangsa.
Singapura menyaksikan kemasukan pelawat tertinggi dari Indonesia, India, Australia, Filipina dan Malaysia yang menyumbang 56 peratus dalam tempoh enam bulan pertama.
Sementara itu, Singapura menganggarkan kemasukan pelawat seramai empat hingga enam juta pada tahun ini.